30 Ogos 2012 (Khamis) : Kemuncak Bulan Kemerdekaan telah dijalankan di Dewan St. Magdalen, bermula jam 7.40 pagi hingga 9.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah, nyanyian lagu patriotik, pertandingan "Laungan Merdeka" dan pertandingan "Nyanyian Lagu Patriotik". Semua pelajar telah dikehendaki memakai pakaian tradisional. Sementara itu, latihan INTENSIF untuk pertandingan telah diadakan iaitu pada 29 Ogos 2012 (Rabu) selepas waktu persekolahan yeng melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Tema bagi tahun ini ialah 1 Malaysia: Janji Ditepati. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Acara Kemuncak Bulan Kemerdekaan.
(sumber daripada smkcc.site50.net)
Pelajar-pelajar sedang menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Pertandingan Laungan Merdeka
Persembahan Deklamasi Sajak oleh pelajar 2 Merah
Penyampaian hadiah kepada para pemenang
No comments:
Post a Comment