06 September 2012 (Khamis) : Upacara Majlis Penyerahan "Monier Cool School" telah diadakan di Dewan St. Magdalen bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sebelum itu, seawal ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif MONIER Asia dan South Africa Encik George Harrasser dan rombongan telah di bawa melawat kawasan sekolah oleh Tuan Pengetua SMKCC, Puan Chin Siok Hoon. Pelbagai persembahan telah diadakan bagi menyambut dan menjayakan program ini. Antaranya persembahan Tarian Singa dan 24 Drum, Koir, Tarian Portuguese, Tarian India dan nyanyian. Selepas itu diadakan ucapan oleh Tuan Pengetua SMKCC, Puan Chin Siok Hoon, Ucapan oleh Mother Superior, Sr. Esther Thomazios dan ucapan Ketua Eksekutif Monier Asia dan South Africa, Encik George Harrasser.
Seterusnya diadakan juga Tayangan Video Monier dan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar, temuramah MEDIA dan jamuan. Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada MONIER yang telah menyumbangkan pembinaan semula bumbung bangunan pentadbiran sekolah.
Bumbung sekolah yang telah siap dibaiki.
Model Bumbung Monier Coolroof
Penyerahan buah tangan kepada Encik George Harrasser,Ketua Eksekutif Monier Asia dan South Africa
Pelajar-pelajar mendapat cenderamata daripada Syarikat Monier