28 September 2012 (Jumaat) : Kem Kecemerlangan SPM bagi tahun ini telah diadakan di Hotel Orkid, Melaka bermula dari 28 hingga 29 September 2012. Kem ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman dan dijemput khas. Seramai 103 pelajar telah mengikuti kem ini. Kem Kemerlangan SPM ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kurikulum SMK Canossa Convent, Melaka.
Friday, 28 September 2012
Thursday, 27 September 2012
Pecutan Akhir! Program ICC Tingkatan 5
Wednesday, 26 September 2012
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012 Dan Cuti Bergilir
21 September 2012 (Jumaat) : Berikut adalah jadual peperiksaan akhir tahun 2012 bagi tingkatan 1, 2 dan 4 yang telah diberikan kepada kelas masing-masing dan cuti bergilir bagi kelas tertentu sempena Peperiksaan PMR 2012. Kepada semua pelajar, kejayaan tanpa usaha adalah mimpi semata.
(sumber dari smkcc.site50.net)
(sumber dari smkcc.site50.net)
Cuti Khas PMR
Kemaskini dalam jadual peperiksaan Tingkatan 1 dan 2
Monday, 24 September 2012
Perhimpunan Pagi Dan Penyampaian Hadiah
(sumber daripada smkcc.site50.net)
24 September 2012 (Isnin): Perhimpunan pagi telah diadakan seperti biasa dan diikuti dengan penyampaian Sijil 100% Kehadiran Pelajar dan Sahsiah Pelajar Terpuji untuk bulan Ogos. Di samping itu juga diadakan aktiviti "Guru Penyayang" antaranya nyanyian Selamat Hari Jadi bagi guru dan pelajar yang lahir pada bulan Ogos dan September.
24 September 2012 (Isnin): Perhimpunan pagi telah diadakan seperti biasa dan diikuti dengan penyampaian Sijil 100% Kehadiran Pelajar dan Sahsiah Pelajar Terpuji untuk bulan Ogos. Di samping itu juga diadakan aktiviti "Guru Penyayang" antaranya nyanyian Selamat Hari Jadi bagi guru dan pelajar yang lahir pada bulan Ogos dan September.
Wednesday, 19 September 2012
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012!
Bersedialah sebelum menghadapi peperiksaan~
(sumber daripada smkcc.site50.net)
(sumber daripada smkcc.site50.net)
Tingkatan 1 dan 2
Tingkatan 4
Majlis Penyerahan "Monier CoolSchool"
06 September 2012 (Khamis) : Upacara Majlis Penyerahan "Monier Cool School" telah diadakan di Dewan St. Magdalen bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sebelum itu, seawal ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif MONIER Asia dan South Africa Encik George Harrasser dan rombongan telah di bawa melawat kawasan sekolah oleh Tuan Pengetua SMKCC, Puan Chin Siok Hoon. Pelbagai persembahan telah diadakan bagi menyambut dan menjayakan program ini. Antaranya persembahan Tarian Singa dan 24 Drum, Koir, Tarian Portuguese, Tarian India dan nyanyian. Selepas itu diadakan ucapan oleh Tuan Pengetua SMKCC, Puan Chin Siok Hoon, Ucapan oleh Mother Superior, Sr. Esther Thomazios dan ucapan Ketua Eksekutif Monier Asia dan South Africa, Encik George Harrasser.
Seterusnya diadakan juga Tayangan Video Monier dan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar, temuramah MEDIA dan jamuan. Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada MONIER yang telah menyumbangkan pembinaan semula bumbung bangunan pentadbiran sekolah.
Bumbung sekolah yang telah siap dibaiki.
Model Bumbung Monier Coolroof
Penyerahan buah tangan kepada Encik George Harrasser,Ketua Eksekutif Monier Asia dan South Africa
Pelajar-pelajar mendapat cenderamata daripada Syarikat Monier
Monday, 3 September 2012
Pecutan Akhir! Program ICC PMR 2012
03 September 2012 (Isnin) : Program ICC PMR Tingkatan 3 bermula 3 September 2012 dan dijalankan bagi memantapkan kefahaman setiap mata pelajaran di dalam peperiksaan PMR.
Mutiara Kata: Usaha Tangga Kejayaan.
(Sumber daripada smkcc.site50.net)
Pelajar-pelajar sedang berusaha menjawab soalan-soalan dalam latihan.
Mutiara Kata: Usaha Tangga Kejayaan.
(Sumber daripada smkcc.site50.net)
Pelajar-pelajar sedang berusaha menjawab soalan-soalan dalam latihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)