Monday, 29 October 2012

Perhimpunan Pagi Dan Penyampaian Hadiah + Mesyuarat Koperasi

29 Oktober 2012 (Isnin): Perhimpunan pagi telah diadakan seperti biasa dan diikuti dengan penyampaian Sijil 100% Kehadiran Pelajar dan Sahsiah Pelajar Terpuji untuk bulan September. Selain itu, majlis penyampaian anugerah kepada AJK Koperasi, AJK BOSS, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah. Di samping itu juga diadakan aktiviti "Guru Penyayang" antaranya nyanyian Selamat Hari Jadi bagi guru dan pelajar yang lahir pada bulan September dan Oktober. Selepas Perhimpunan Sekolah, Mesyuarat Koperasi telah dijalankan. Semua aktiviti dijalankan dengan lancar.

Pelajar-pelajar yang menerima anugerah

Penyampaian sijil kehadiran 100% kepada guru-guru tingkatan 

Penyampaian sijil Sahsiah Terpuji kepada pelajar
Penyampaian Sijil Anugerah kepada AJK Koperasi

Penyampaian Sijil Anugerah kepada AJK BOSS 

Penyampaian Sijil Anugerah kepada Pengawas Pusat Sumber

Penyampaian Sijil Anugerah kepada Pengawas Sekolah

Penyampaian Anugerah kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam subjek tertentu


Wednesday, 24 October 2012

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2012

24 Oktober 2012 (Rabu) : Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf SMK Canossa Convent bagi tahun 2012 telah diadakan selepas waktu persekolahan di Hotel Renaissance, Melaka. Selain acara santai jamuan, juga diadakan penyampaian hadiah bagi kategori penulisan buku rekod dan jadual kedatangan terbaik. Juga diadakan cabutan hadiah bagi guru dan staf. Turut hadir bersama adalah AJK PIBG SMK Canossa Convent dan Mantan GPK 1, Puan Saniah Binti Samsudin (Pengetua STHAM). Jamuan berakhir jam 3.00 petang.

Guru-guru memilih makan (secara bufet)

Guru-guru sedang menjamu selera

Penyampaian hadiah dan sijil kepada guru oleh Pengetua

Cabutan Bertuah

Wednesday, 17 October 2012

Program Pos PMR 2012

17 Oktober 2012 (Rabu) : Program ini dirancang untuk pelajar tingkatan 3 selepas peperiksaan PMR. Antara aktiviti yang dirancangkan termasuklah pemulangan buku teks, permainan, lawatan dan sebagainya. Program POS PMR ini dikendalikan bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Canossa Convent.


Ms. Flomina memberi taklimat sebelum aktiviti dijalankan

Pensyarah dijemput untuk memberi ceramah

Tuesday, 9 October 2012

Jadual Waktu, Taklimat, Majlis Restu Dan Peperiksaan PMR 2012


09 Oktober 2012 (Selasa) : Peperiksaan PMR 2012 bermula dari 09 Oktober hingga 16 Oktober 2012. Kepada calon PMR tahun ini supaya sentiasa melihat Jadual Peperiksaan PMR 2012.
Sementera itu pada 05 Oktober 2012 (Jumaat) telah diadakan taklimat dan majlis restu untuk pelajar PMR tahun 2012 pula telah diadakan pada jam 11.00 pagi. Tuan Pengetua. Puan Chin Siok Hoon telah memberikan sedikit nasihat dan panduan kepada pelajar. Kepada semua calon PMR tahun ini, kami Warga SMKCC mendoakan kejayaan anda.

Pengetua sedang memberi taklimat tentang PMR

Pelajar-pelajar mendapat restu daripada guru-guru mata pelajaran

SAAT TERHARU----- Guru KH, Pn Song memeluk pelajar-pelajar dan memberi restu kepadanya


Friday, 5 October 2012

Majlis Penyerahan Buku Rekod Kemajuan Murid Tingkatan Lima Tahun 2012

05 Oktober 2012 (Jumaat) : Majlis penyerahan buku rekod kemajuan murid tingkatan 5 kali ke-2, diadakan pada hari ini, bermula jam 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan St Magdalen SMKCC, Melaka

Dewan telah disusun dengan meja dan kerusi dengan kemas sehari sebelum perjumpaan ibu bapa 

Pelajar bersama ibu bapa sedang menunggu panggilan guru

Guru sedang memberi nasihat tentang keputusan pelajar


Chemistry Periodic Table